Jumaat, 5 Disember 2014

WELCOME LAST SEM...

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 5:39 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Assalamualaikum semua.... pejam celik pejam celik dah habis praktikal aku selama 6 minggu di PKMD Segamat..
Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar. banyak ilmu yg aku dapat. tapi sayangnye sekejap je. kalau boleh nk lama lagi la. banyak mende yg aku nk belajar lagi.

Okey ahad ni dah kene balik Melaka. Last Sem. Macam tak caye je aku dah last sem. mase dolu dolu macam ap lamenyerr. hihi... yang tak menahannye. naik je amik result terus. haishh cuak betol larr. YA ALLAH tabahkanlah hati ini ketika mengambil result exam serta sahabat sahabatku yg lain, mudah mudahan kami mendapat keputusan yg cemerlang. Sesungguhnya kami telah berusaha dengan sehabis baik.
Aminnn.....
Okey bye. XOXO

Ahad, 2 November 2014

Minggu ke 2 : PRAKTIKAL

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 8:32 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Assalamualaikum....

Hye jumpe lagi, ok hari ni masuk minggu ke 2 praktikal. lahai macam sekejap je rasenye waktu berjalan kan. berbaki lagi empat minggu untuk aku berada kt JKM Segamat ni. oleh itu bagi sesiapa yang memerlukan khidmat aku kat sini. meh datang cecepat. nanti tak dapat nk jumpe aku kan. dah kumpunan, susah nak jawab nanti. hahaha

hah selain tu, cerita pasal bola JDT lawan PAHANG. sape nengok??
macam ni ceritanye. aku nengok daripada awal bola tu. datangnye part yg tambah mase tu aku rase macam dah ngantok sangat je lahaii. aku pon terus masuk bilik teruslah tidur. mane taknye, esoknye nk kerje kan. sekali bangun tidur pagi tadi, nengok nengok banyak betol moment. rase macam menyirap jugak la kan. last last Pahang menang. ok congrats to Pahang, JDT good job. #luaskankuasamujohor walau pon dah kalah kan.

Ehh tadi nk cerite pasal praktikal kan. haa tengok, da kelain perginye. ok lah aku nk sambung kerje ni. macam bzy je kan. hihi ok bye XOXO :)

Isnin, 27 Oktober 2014

TALK ABOUT PRACTICAL

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 2:29 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum semua..

ni ha nk ceghite pasal praktikal kan. kome tau ke idok yang teman ni tengah praktikal dekat JKM, pejam celik pejam celik dah hari kedua teman mula kerje dekat sini ha. dari semalam lagi teman da mule tau?? haha memang tak dinafikan la nebess yang teramat sangat. tuhan saje yang tahu.

hari ni pulak hari kedua, tengah pikiak ni nak cari klien. sebabnye perasaan takut ni dah masuk dalam badan aku ni. hahah da macam cerite seram la pulak. takdela yang jadi masalahnye adalah aku takot. tu je. hahaha gempak kan.

okey lah semua, nak tau pasal praktikal aku yang selama 6 minggu ni. tunggu je tau. jangan tak tunggu pulak. nanti terlepas nak dengar gosip panas dari aku tau. bye XOXO

Jumaat, 24 Oktober 2014

DINNER WITH DPIK 6

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 10:51 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum. huhu tetibe mood nak update blog ni setelah sekian lama tidak mengunjuginye adoii pon.

Ni dia nk ceghite pasal dinner dgn sem 6 malam haritu. sangat selonok. sangat gembire. semua sangat sangat. pejam celik pejam celik dah sem 5 dah aku ni rupenye eak. terase la macam senior senior gitu kan. hahah tak de la. ehh nk cerite pasal dinner kan. dinner tu buat kat #tanjung bidara beach resort. diorang sikit bolehh la buat kat hotel gitu. nanti batch aku ghamai sampai 200 orang tau. rase rase kene buat kat stadium hang jebat ni eak. hahha ngarot je.

Malam haritu tema Mr and Mrs Arrogant. hahah apa apa lah dorang ni amik theme. aku layan kan aje. aduhaii terase sedih pon ada mase malam tu sebab aku pon mengalaminye jugak. xsanggup. dari yang sombong, bongkak, konon tak nak tegur tu la aku frend dengan dorang semua sampai la ni. siap ada yang tersangkot bagai ni kan. huhu ni aku nak nunjuk sikit gambar aku yang gojes ni kat ualls.

Ok cukup la setakat nak bagi ualls jeles je kan. huhu XOXO

Sabtu, 23 Ogos 2014

PRAY FOR MH17

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 12:25 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Assalamualaikum..
Bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk berbernafas di muka bumi ini lagi.
Apa yg nk bagi tau disini ialah semalam hari berkabung satu Malaysia untuk memberi penghormatan pada jenazah pesawat MH17 yg bru smpai dekat Malaysia semalam. Ya Allah sayu nye hati ni tgok pengebumian tu berlangsung kt sini semalam. sampai sesak jalan semua.
Yg paling menyedihkan ada kisah seorang budak tu kan yg dia menangis sbb nk cium ibu dia kn. kesian sgt kt budak tu.
Ya Allah aku tak boleh bayangkan kalau aku yg berada kt situasi budak tu. Mudah-mudahan mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Aminn Ya Rabb

Isnin, 28 Julai 2014

HARI INI HARI RAYA

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 5:30 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Assalamualikum semua...
Selamat Hari Raya
Macam mana semua okey ke idok hari ni. setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga. hahaha ayat tak menahan.
Tujuan nk post ni pon sbb suka2 je. ehhh xde la. bukan la. kt sini aku ingin menyampaikan...

Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa.. 
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp  dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

hihihi tu je ak nk sampaikan. kita kosong kosong ye.

Selasa, 22 Julai 2014

RAYA RAYA RAYA. Selamat Hari Raya

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 12:25 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Bila tiba hari raya.
Semua insan bergembira.
And bla. bla. bla. hahha aku xhafal lagu tu la.

Assalamualaikum
Huarghhh raye dah nk sampai woo
bju sume xbeli lagi. xpe xde hal. ada mase lg ni. hahahaha xpe sekali sekala pakai la bju yg lame tu ha. yg penting kasut aku dah beli awal2.

Kepada kengkawan yg disayangi dan si dia yg disayangi jugak. hahaha
Aku mohon susun sepuloh jari memohon keampunan segala salah silap yg dilakukan secara sengaja mahupun ter tu eak. aggap tu semua sebagai gurauan semata2. bile lagi kite nk bergurau mcm tu eak. pejam celik pejam celik xlame je lg kite duduk dekat dlm satu kelas yg same. pas ni mesti rindu sesangat ngn korang la.

Apa perkara penting yg ak nk bagi tau ni ha.
cuti sem ni tak macam dulu. sebab ak nk praktikal dah. uishh sekejap betul mase berlalu. macam takut pon ada tau. mudah-mudahan segalanye berjalan dengan lancar.
Aminn Ya Rabb......

SELAMAT HARI RAYA semua..........

Sabtu, 5 Julai 2014

RAMADHAN Datang...

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 12:27 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
ASSALAMUAIKUM semua....
SALAM RAMADHAN...
hihi maap le kalau ada salah silap semua tu ye.. Agak busy jugak la sebab da naik sem kn..
bese la tu.. Alhamdulillah minggu yg petame Ramadhan ni puase masih penuh lagi.. kalau boleh nak pose penuhh.. nak jugak dapat duit raye macam mase dulu-dulu tu haa.. hahaha
Sekejap je masa berlalu, ni haa kang pejam celik- pejam celik dah raye pulak.. mule la bunyi kepang kapoommm sekeliling rumah orang dok main mercun bagai ni.. aku xlayan mercun ni semua.. bahaye kott.. nnti terputus jari tak nak lahh aku.. nnti tak cukup aset aku.. dah turun harge hantaran... haaaaaaahaaaa..
hahahah apa pulak tengah-tengah cerita pasal puase tetibe ceghite pasal lain pulak.. hahaahha okey la kepada muslimin muslimat yang berpuasa.. selamat berpuasa yaa.. bukan sahaja lapar dan dahaga je tauu kene tahan.. mulut dan pandangan juga perlu.. tak jadi apa puasa kite kalau macam gitu la perangai kite.. AWASSS PERCAKAPAN tu haa..
Peringatan untuk diri aku dan kite semua juga..
Saling ingat-mengingatkan sesama sedara dalam Islam...
Byeee Assalamualikum..

Jumaat, 6 Jun 2014

Lupakan SEMESTER BREAK!!

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 11:09 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum. bismillah....
setelah dihitung2 hari. lusa je aku da kne balik melaka. meneruskan perjuangan aku sebagai seorang student di KUIM. naik ni tggal lg 2 semester je lg. xsangke la. naik sem 5 ni bulan 11 praktikal. yg praktikal tu kjap ni. ni ha nk cegithe naik ni nk kne amik result dlu. ya Allah mcm mne la dgn result aku. harap2 sumenye lulus Insyaallah pointer n CGPA aku naik la ye. usaha sudah, doa sudah, yg selepas tu tawakkal je pada Allah.
Nak chegite pasal praktikal pulak ni ha. setelah dipikir2kan aku membuat keputusan untk praktikal kt Segamat je. snang sikit dekat ngn umah. aku rase tempat yg ak bakal pilih ialah jabatan kebajikan masyarakat or pejabat agama. tp family ak cadangkan JKM tu drpd pejabat agama. aku pon rase cam gitu gak kn.
Ok la guys ap2 pon doakn aku ye nk amik result nnti ni.
Insyaallah Aminn....

Sabtu, 31 Mei 2014

Resepi KEK COKLAT KUKUS...

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 8:59 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum...
Huhu hye sekejap je dah hari sabtu, lepas tu teringin pulok nak makan kek coklat. yummy,,,, dap nye,,
alang2 da terlanjur bg tau ni.. nak la jgak share mcm mne nk buat kek tu.. ahaks padahal aku pon hari ni baru je tau mcm mne nk buat kek tu.. ok klau korang nk tau mcm mne nk buat tu ak boleh bg tau caranya.. terlajak lariss tau kek tu rasanye..
ok bahan yang diperlukan untuk membuat kek yang terlajak sedap tu, korang memerlukan bahan2 yang akan ku senaraikan ni,, antaranya ialah:

-tepung gandum (1 cawan)
-serbuk koko (1 cawan)
-gula pasir (1 cawan)
-susu pekat (1/2 cawan)
-susu dutchlady full cream (1 cawan)
-minyak masak (1 cawan)
-bikarbonat (1 sudu teh)
-serbuk penaik (1 sudu teh)
-telur gred A (3 biji)
ok dah ada semua bahan2 yg nak digunakan tu, moh kite ke step untuk menjadikan kek coklat yang lazat,,

1 campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu dutchlady, minyak  kedalam periuk yang sesuai, then korang kacau kan dekat atas dapur sampai la kesemua tu kelihatan sebati. dah siap tu biarkan sampai sejuk.

2 telur tu dipecahkan dan pukul sampai naik.

3 yang bikarbonat, serbuk penaik, tepung tu perlu diayak dulu la ye, klau tak nnti kek korang ada ketul2.

4 ok lepas tu campurkan bahan2 yang kt atep 1 dan 3 kedalam step 2 , bile dah sebati kesemuanya siapkan loyang then masukkan ikot loyang yang nk digunakn.. ehhh cop2 sebelum panaskan air dekat kukus dlu tau sampai air tu mendidih. bila air dah mendidih kek siap untuk dikukus dengan api yang sederhana selama 1 jam setengah gitu la.. lagi satu tutup rapat2 kukus tu nak senag alas dengan kain kt bawah penutup tu...
ok tu dia resepi kek yang terlajak sedap tu haa.. SELAMAT MENCUBA.. ni hasil kek yang aku buat
TARAA~~~~~~~~


Khamis, 29 Mei 2014

Saat YG Mendebarkn

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 11:54 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

hye. huh tggal lgi seminggu je sisa baki ak untuk senang lenang dirumah kerana SEMESTER BREAK da hbis.
Lpas tu kne amik result. saat itulah yg sangat MENGGUGAT kekuatan hatiku. ARGHH tidak!!!!
YA ALLAH. mudah2an kami semua mendapat keputusan yg cemerlang. Aminn.
Doakan yg terbaik ye.

Jumaat, 23 Mei 2014

AHMAD DANI

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 1:50 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

lalalalahai amat,
da dua minggu kn amat dduk ngn moksu kt kg. kenyataannye mmg penat. hanye tuhan je yg tau la. nk2 bila tdur mlm. mak aihh setiap jam akn tersedar nk minx botol susu. mmg kne spare je la kt tepi katil tu ha. hermm ni bru ank sedare. cer klau ad ank sendri. mmg xckup tidur dibuatnya.  haishh da cter psal ank sendri pulok. hihi xde la. papepon amat mmg terbaik la jd jam loceng moksu everytime. hihihi

kangen sama MEREKA

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 1:38 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamuaikum. ya ampun lame benar deh gue xpost. patut mcm xkeruan je. hihihi
4 my lovely sista 35-03,
maaf segala salah silap. segala ketawa, suka, duka jadikan sebagai kenangan yg terindah. allah maha adil. kerana apa?? setiap perpisahan yg berlaku itu adalah sementara. jika kita ditakdirkn untuk berpisah, kenapa tidak pula kita akan ditakdirkan untuk bertemu. janganlah bersedih. sayang semua.

Ahad, 30 Mac 2014

menghitung hari demi hari

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 2:41 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

menghitung hari. hari demi hari. cewah!! nyanyi pulak. xde la. bedebar rasenye hati ni sbb lg seminggu je ni nk final exam. ya allah kuatkanlah buah ingatan ku untuk menguasai ilmu2 yg tlah ku pelajari. lapangkanlah dadaku terima ilmu2 yg dpt. ampunilah dosaku. dosa kedua ibu bapaku. dosa kaum keluargaku. sahabat2 ku serta muslimin dan muslimat. kau berilah ak keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan yg bakal ku tempuhi. mudah2an. aminn. inyaallah semuanya akan jd kenyataan. amin ya rabb

Selasa, 18 Mac 2014

detik2 akhir bersama

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 1:17 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum. salam selasa. selamat ptg dunia. ya allah jika benar mlm ini kami akan meletakkan jawatan. tolonglah beri majlis pd mlm ini berjln dengan lancar. dan jgn kau pisahkn kami setelah selesai perletakan jawatan pd mlm ini. engkau kekalkanlah hubungan keluarga persiss ini till jannah. sesungguhnya engkau makbulkanlah doa dari hambamu yg lemah ini. amin ya rabb.

Ahad, 16 Mac 2014

aku sayang korang

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 2:57 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum.
dear freinds,
aku syg korang sangat2. aku perlukan korang smpai akhir sem. insyaallah kte kekal smpai ble2. korang mmg havoc. sem ni bru aku tau sebenar2-nye prangai korang. maaf kn aku klau ak terluka kn hati korang. aku xde niat pon nk luka kn hati korang. korang la family ak time kt melaka. terima kasih kengkawan.
k bye

Sabtu, 15 Februari 2014

kahwin oh kahwin

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 4:05 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

assalamualaikum... uallss huhu ni nk kongsi satu tips yg berguna. ni dpt idea time g seminar hari ni pasal perkahwinan. ni dia spe yg dah xsoba2 nk kwin sgt tu kn. ni dia pasal hikmah perkahwinan:
:-P mendaulatkn kalimah allah.
:-P menyahut seruan fitrah manusia.
:-P mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.
:-P melahirkan keturunan yg soleh.
:-P menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak.
:-P meluaskan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama.
:-P mendapat jaminan sosial/ menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia.
tu dia spe yg nk kawin awl ni xsalah pon. tetapi digalakkan. hihi doakn moga cepat dpt jodoh. haha

Khamis, 6 Februari 2014

good!!!

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 1:13 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

huhu ni teman nk share sesatu yg boleh diguna pakaikn. selamat mencuba!!

Khamis, 23 Januari 2014

lahai hati!!

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 10:23 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

ksian2. kadang2 ak pon xpham ap yg dorang nk dri ak ni ha. ak buat baik org xpndang. time ak buat jahat. ade je yg nmpk. pas tu heboh satu malaya. haha bajet retis!! xde la cm gini xbermaksud kalo kite xcaring kt org tu xbermakne kte lupe kt org tu kn. cukup sekadar berdoa pon da ok kn. yg nk dihebohkn knpe eak. lahai hatiku yg lara ni. buat2 la besabar ye. tuhan kn ad. lantok je la kn dorng yg nk ak ap kn. bubbyee

Ahad, 5 Januari 2014

kau ilhamku!!

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 11:51 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

ni ha nk crite. hari ni last day mtf. ak jd urusetia. yeehaa boleh tidur lpas ni. 3 hari xdpt tidur yg ckup tau. arghh sudah cukup suda. hah pic kasut tu sje je nk nunjuk kasut mahal. tu hadiah dri abah. thanks abah!!

Jumaat, 3 Januari 2014

stokin lawa

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 9:09 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

tengok stokin ni. hari ni sy nk tunjuk stokin sy. macam cantik je. mcm comel je. haha stokin pinjam. da mcm org berpantang je ni ha. kuink2!!

Khamis, 2 Januari 2014

ketawa bersama. menangis bersama

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 6:43 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

ktawa bersama. menangis pun bersama. segala suka dan duka hadapi bersama. thanks kawan layan kerenah ak yg gler2 ni. mcm xmatang lg. haishh tggal lg 2 sem kte bersama. agak2 dpt jumpe korang lg x?? spe nk menggile2 ngn ak lg slain korang wey!!!!!!

kawan au harta??

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 11:15 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

hidup ini penuh pancaroba. kiri kanan ad masalah saja. huhu nyanyi la pulok!! ishh pening arr klau ad kwan pon. pndang dari segi harta pon xbole jugak. pas tu da xde bende tu semua. trusss senyap!! bole ke?? xpe la wahai mira. buat2 banyak besabar je lahai hati ni. kadang2 susah juga hidup ni. kje nk jge hti org je. hati sendri spe nk jge?? xsegumbira dulu. :-(

sedih xterkata

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 12:03 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

mak abah!! tolong la. da xtau nk luahkn kt spe lg ni. npe kjap je dpt jumpe. lpas tu nk dekat sbulan xjumpe lg. mcm nk nangis je ni. tp dpt tahan lg. salah ke bawak bende yg boleh memudahkn dri sendri. tp npe ad je yg xpuas hati. xdiajak kate kedek!! tp da ajk langsung herghhhh!! hah xtenang hidup ak ni weyhh. klau nk bawak la sndri.

Rabu, 1 Januari 2014

tahun baru. azam baru. semua baru

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 4:03 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

holla guys!! mcm xpercaye je da masuk tahun baru ni kn. huhu mcm xpercaye je umur pon da meningkat. mcm xpercaye je da naik sem 4. mcm xpercaye je. haha sume macam xpercaye je eak. hak2 tp serius la umur da brubah jd angka dua di dpan. arghhh tidak!!! eh xjugak bulan 11 nnti bru ak jd 20 ea. huhu terselamat lg. sempena tahun baru ni ak berazam nk jd yg lbih baik lg dari tahun yg sebelum ni. insyaallah aminn

 

Cerita MIRA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review