Sabtu, 31 Mei 2014

Resepi KEK COKLAT KUKUS...

edit by sitiainoramirah abd.tahir di 8:59 PTG
Assalamualaikum...
Huhu hye sekejap je dah hari sabtu, lepas tu teringin pulok nak makan kek coklat. yummy,,,, dap nye,,
alang2 da terlanjur bg tau ni.. nak la jgak share mcm mne nk buat kek tu.. ahaks padahal aku pon hari ni baru je tau mcm mne nk buat kek tu.. ok klau korang nk tau mcm mne nk buat tu ak boleh bg tau caranya.. terlajak lariss tau kek tu rasanye..
ok bahan yang diperlukan untuk membuat kek yang terlajak sedap tu, korang memerlukan bahan2 yang akan ku senaraikan ni,, antaranya ialah:

-tepung gandum (1 cawan)
-serbuk koko (1 cawan)
-gula pasir (1 cawan)
-susu pekat (1/2 cawan)
-susu dutchlady full cream (1 cawan)
-minyak masak (1 cawan)
-bikarbonat (1 sudu teh)
-serbuk penaik (1 sudu teh)
-telur gred A (3 biji)
ok dah ada semua bahan2 yg nak digunakan tu, moh kite ke step untuk menjadikan kek coklat yang lazat,,

1 campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu dutchlady, minyak  kedalam periuk yang sesuai, then korang kacau kan dekat atas dapur sampai la kesemua tu kelihatan sebati. dah siap tu biarkan sampai sejuk.

2 telur tu dipecahkan dan pukul sampai naik.

3 yang bikarbonat, serbuk penaik, tepung tu perlu diayak dulu la ye, klau tak nnti kek korang ada ketul2.

4 ok lepas tu campurkan bahan2 yang kt atep 1 dan 3 kedalam step 2 , bile dah sebati kesemuanya siapkan loyang then masukkan ikot loyang yang nk digunakn.. ehhh cop2 sebelum panaskan air dekat kukus dlu tau sampai air tu mendidih. bila air dah mendidih kek siap untuk dikukus dengan api yang sederhana selama 1 jam setengah gitu la.. lagi satu tutup rapat2 kukus tu nak senag alas dengan kain kt bawah penutup tu...
ok tu dia resepi kek yang terlajak sedap tu haa.. SELAMAT MENCUBA.. ni hasil kek yang aku buat
TARAA~~~~~~~~


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Cerita MIRA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review